Tuesday, June 15, 2010

kadar INTEREST yang baru

~Salam 1 dunia..berikut adalah kadar interest terkini yang telah diedarkan oleh syarikat kewangan bermula pada 15-06-2010
  • up to 1.4cc=3.85%(12-60 month),4.0%(72-84 month),4.1%(96-108 month)
  • up to 1.5~ 1.8cc=3.50%(12-60 month),3.75%(72-84 month),3.85%(96-108 month)
  • above 1.8cc=3.40%(12-60 month),3.60%(72-84 month),3.75%(96-108 month)
~so belilah yang 1.5cc atas..murah interest..pilihan yg tepat ialah perodua ALZA.
BERITA GEMBIRANYA ialah suma kereta honda,toyota dan suma kereta import sama interest
dgn kereta nasional kita..belilah kereta buatan malaysia.

Monday, June 14, 2010

Perodua kekalkan penguasaan

KUALA LUMPUR 14 Jun - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengekalkan kepimpinan pasarannya pada Mei dengan jualan 15,000 kereta dan anggaran agihan pasaran 29.6 peratus berikutan permintaan kukuh berterusan mendapatkan kenderaan.
"Jualan 15,000 unit itu meningkat 13.6 peratus berbanding 13,200 unit yang dicatatkan pada Mei 2009," kata Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh di dalam satu kenyataan hari ini.
Sehingga kini, Perodua menjual 78,700 kereta, meningkat 5.64 peratus berbanding 74,500 unit yang diunjurkan bagi tempoh lima bulan tahun ini.
Ini juga merupakan lonjakan 23.16 peratus berbanding jualan 63,900 unit bagi tempoh Januari hingga Mei 2009.
Perodua mengunjurkan untuk menjual 176,000 unit kereta pada tahun ini berbanding 166,700 unit yang dijual pada tahun lepas.
"Kami sangat teruja dengan bilangan jualan itu dan kami percaya catatan sehingga separuh kedua akan menunjukkan angka yang lebih baik memandangkan jangkaan permintaan semasa Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali," kata Aminar.
Katanya, jualan kereta di Malaysia secara tradisinya meningkat pada suku ketiga setiap tahun.
Mengenai prestasi selepas jualan Perodua, Aminar berkata, pada Mei, 137,000 penghantaran servis dicatatkan berbanding dengan unjuran 130,000 penghantaran.
Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, keseluruhan 681,000 penghantaran atau 46 peratus dari agihan pasaran dicatatkan berbanding dengan 666,000 penghantaran semasa tempoh Januari hingga Mei 2009. - BERNAMA

Sunday, June 6, 2010

Penampilan baru MyVi, ViVa




WAJAH baru MyVi penuhi cita rasa golongan muda.Perodua rancang lancar model diperbaharui pada separuh kedua tahun iniPERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan dua model yang diperbaharui pada separuh kedua tahun ini untuk memberikan lebih kesegaran dan mempelbagaikan lagi varian kereta kompak keluarannya di pasaran. Menurut sumber, dua model diperbaharui itu adalah MyVi dan ViVa yang kini adalah model paling laris di Malaysia dengan jualan masing-masing sebanyak 7,048 unit dan 6,671 unit pada Mac lalu.
Katanya, pengenalan dua wajah baru berkenaan seiring dengan strategi Perodua yang sentiasa membuat pengubahsuaian untuk terus memenuhi cita rasa pengguna. “Perodua akan melancarkan beberapa model ‘facelift’ (model yang diperbaharui) pada separuh kedua tahun ini dan model berpotensi untuk diberi wajah baru itu adalah MyVi dan ViVa.
“Perodua kini sedang mengemaskinikan sentuhan terakhir pada dua model terbabit. Apa yang pasti, pelancarannya bakal mencipta momentum keterujaan baru, sekali gus meningkatkan lagi keyakinan pengguna terhadap kereta keluaran Perodua,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini. Difahamkan, bagi pembaharuan model MyVi, Perodua akan menggunakan badan model generasi baru Toyota Passo. Kapasiti kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter yang dilengkapi pada model MyVi sedia ada di pasaran. Selain itu, beberapa perubahan dalaman dan luaran turut ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi cita rasa golongan muda dan ia dikatakan bakal mencipta satu suasana ‘populariti’ baru di kalangan kereta kompak di negara ini. Sumber itu menambah, bagi Perodua ViVa wajah baru, ia akan didatangkan dengan rekaan baru jeriji depan yang lebih ranggi dan bergaya daripada model sedia ada. Selain itu, katanya, rekaan bamper depan pengganti kepada model popular Perodua sebelumnya – Kancil dan Kelisa, itu mempunyai lampu kabus yang lebih besar. “Rekaan bamper baru berkenaan menjadikan model ViVa yang diperbaharui itu kelihatan seperti ‘mini Alphard’. ViVa wajah baru itu juga ditampilkan dengan kemasan tempat duduk dalaman yang lebih anggun menggunakan fabrik baru lebih bermutu,” katanya.


Wednesday, June 2, 2010

Promosi diskaun perodua viva "JUN"


~VIVA 660(BASIC)=RM 0
~VIVA 660(STD)=RM 0
~VIVA 850(MANUAL)=RM1400
~VIVA 1000(AUTO BASIC)=RM1000
~VIVA 1000 ELITE(MANUAL)=RM1000
~VIVA 1000 ELITE(AUTO)=RM2300
~VIVA 1000 ELITE(AUTO PREMIUM)=RM1500

#tempahlah sekarang..tempahan hari raya dibuka..stok segera..tiada booking fee..cepat2!!!