Thursday, February 3, 2011

DISKAUN MODEL ALZA

SALAM,berikut adalah senarai diskaun untuk model PERODUA ALZA.

DISKAUN PERODUA ALZA;

~ALZA AUTO STANDARD=RM1300
~ALZA MANUAL STANDARD=RM1300(RM1800 STOK 2010)
~ALZA MANUAL PREMIUM=RM1300(RM1800 STOK 2010)
~ALZA AUTO PREMIUM=RM1300(rm1800 stok 2010)
~ALZA AUTO ADVANCE=RM1500(rm2000 stok 2010)
~ALZA MANUAL ADVANCE=RM1500(RM2000 STOK 2010)

#NAK DDISKAUN LEBIH?CALL OR SMS KAT SY 012-6565 666,CKP JE BACA DARI BLOG.SAYA BAGI TURUN SIKIT HARGA.

PERODUA lancar MyVi edisi baru lebih sporty

Model dengan enjin 1.5 liter dilancar pada Mac atau April

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan melancarkan MyVi edisi baru dengan enjin berkuasa 1.5 liter dan ditampilkan dengan reka bentuk, kemasan dan perincian lebih tegar, bergaya dan sporty.

Sumber industri berkata, MyVi baru yang bakal dinamakan ‘MyVi Extrem’ itu akan dilancarkan pada Mac atau April ini.
“MyVi Extrem ini akan menggunakan platform gabungan model generasi baru Toyota Passo dan Daihatsu Boon Luminas dengan kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter pada model MyVi sedia ada di pasaran.
“Selain beberapa perubahan dalaman dan luaran yang ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi cita rasa golongan muda seperti bamper, hud depan dan pintu belakang yang lebih bergaya, MyVi Extrem ini juga menampilkan perubahan kedudukan gear yang terletak pada ‘dashboard’ (papan pemuka) seperti Alza,” katanya kepada Berita Harian di Petaling Jaya.

Difahamkan, dengan pelancaran Myvi Extrem serta satu lagi model baru yang akan dilancarkan PERODUA pada separuh kedua tahun ini, ia dijangka akan merealisasikan hasrat PERODUA untuk merekodkan jualan tertinggi baru tahun ini. Rekod jualan syarikat itu sebelum ini adalah 176,400 unit.

Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, ketika ditemui pada taklimat media mengenai prestasi syarikat itu pada 2010 di Rawang, awal bulan lalu berkata, pengeluar kenderaan nasional kedua itu menyasarkan jualan 195,000 unit tahun ini, meningkat empat peratus daripada 188,600 unit yang dicatatkan tahun lalu.

MyVi mengekalkan kedudukannya sebagai model paling popular dan laris di Malaysia dengan mencatatkan jualan 77,700 unit tahun lalu.
Penganalisis ketika dihubungi Berita Harian semalam, menyifatkan pengenalan model baru oleh beberapa peserta industri, termasuk PERODUA tahun ini, seharusnya akan memberi suntikan terbaik bagi merancakkan lagi aktiviti pengeluaran dan permintaan dalam industri automotif tempatan.

“Firma penyelidikan dalam dan luar negara yang membuat tinjauan ke atas industri automotif tempatan pula, semakin positif dengan prospek industri automotif Malaysia berikutan tinjauan ekonomi lebih baik serta kemunculan banyak model baru di pasaran pada tahun ini,” katanya.

Berdasarkan tinjauan positif berkenaan, beliau yakin industri automotif tempatan akan merekodkan catatan sejarah baru dari segi jumlah unit pengeluaran kereta tahun ini.

“Jumlah pengeluaran kereta di Malaysia dijangka meningkat 4.1 peratus kepada 623,000 unit tahun ini, iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah industri automotif tempatan,” katanya sambil menambah jangkaan kenaikan kadar faedah pinjaman kenderaan, jika berlaku, akan hanya memberi kesan kecil ke atas jualan kereta tahun ini.

Justeru, penganalisis itu menjangkakan pengeluaran kereta segmen B (jenis kereta kecil dan kompak) akan mencatatkan pertumbuhan paling tinggi tahun ini, iaitu sebanyak 14 peratus kepada 91,044 unit.

DISKAUN UNTUK MYVI

~berikut ialah diskaun untuk PERODUA MYVI.

DISKAUN PERODUA MYVI;

~myvi 1000cc manual=rm0(stok 2010 rm500)
~myvi 1300cc manual standard=rm1000
~myvi 1300cc auto standard=rm500(stok 2010 rm1000)
~myvi 1300cc auto limited=rm0(stok 2010 rm1000)
~myvi 1300cc manual premium=rm0(stok 2010 rm500)
~myvi 1300cc auto premium=rm800(stok 2010 rm1000)
~myvi 1300cc special edition manual=rm1000(stok 2010 rm2000)
~myvi 1300cc special edition auto=rm1000(stok 2010 rm2000)

*nak diskaun lebih..call ja 019-3765 777.ckp baca dari blog saya je.kita bg lebih sikit..insyaallah..

DISKAUN FEBUARI 2011 perodua VIVA

~SALAM 1 MALAYSIA..sorry x siar diskaun bulan january..coz pening la time tu.diskaun kacau bilau..ok lah..berikut ialah kadar diskaun untuk bulan FEBUARI 2011...

PERODUA VIVA:
*VIVA 660cc BASIC=RM 0(rm500 untuk 2010)
*viva 660cc standard=rm500(rm1000 untuk 2010)
*viva 850cc manual=rm1400
*viva 1000cc auto BASIC=rm500(1000 untuk 2010)
*viva 1000cc elite manual=rm1000(1500 untuk 2010)
*viva 1000cc elite auto=rm2100
*viva 1000cc elite auto premium=rm1500(rm2000 untuk 2010)
*viva 1000cc elite exclusive edition rm2100

##kalu nak diskaun lebih sikit call saya terus..012-6565 666 atau 019-3765 777.kita bincang lebih lanjut..sms pun di terima.

Wednesday, January 12, 2011

PERODUA lancar model baru lebih bergaya, sporty


Syarikat yakin ulang rekod jualan tertinggi tahun ini

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan melancarkan satu lagi model baru tahun ini yang menampilkan reka bentuk terkini, lebih bergaya dan sporty.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata menerusi model baru itu serta barisan model paling laris sedia ada, MyVi, Alza dan ViVa, pihaknya yakin akan sekali lagi merekodkan jualan tertinggi tahun ini.
Pengeluar kenderaan nasional kedua itu menyasarkan jualan 195,000 unit tahun ini, meningkat empat peratus daripada 188,600 unit yang dicatatkan tahun lalu.

“Model baru adalah sesuatu yang diperlukan syarikat automotif dalam mencatatkan pertumbuhan jualan. Bagi PERODUA, kami akan memperkenalkan satu model baru setiap dua tahun dan seperti yang dijanjikan, penggemar kereta kompak akan disajikan dengan pengenalan ahli baru dalam barisan keluarga PERODUA tidak lama lagi,” katanya pada taklimat media mengenai prestasi syarikat itu pada 2010 di Rawang, semalam.

Aminar Rashid enggan memberi butiran lanjut mengenai model baru itu, tetapi penganalisis yang dihubungi berkata, ia berkemungkinan besar membabitkan kereta sedan kompak dengan kapasiti enjin 1.5 liter.

“Model baru bakal dilancarkan PERODUA tahun ini berkemungkinan diasaskan daripada satu daripada model sedan kompak popular Daihatsu. Ini tentunya akan merancakkan lagi industri automotif tempatan tahun ini,” katanya.
Aminar Rashid berkata, dengan pengenalan model baru itu nanti serta persekitaran ekonomi yang bertambah baik, PERODUA yakin meningkatkan lagi penguasaan pasarannya tahun ini daripada 31.2 peratus sekarang.

Mengenai perbelanjaan modal PERODUA tahun ini, Aminar Rashid berkata, pengeluar kenderaan nasional kedua itu akan melabur RM614.2 juta.

Katanya, daripada peruntukan itu, sebahagian besar digunakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dengan pembinaan kemudahan pengeluaran transmisi automatik elektronik (EAT) baru, manakala selebihnya untuk penambahan cawangan rangkaian jualan dan servis.

Dalam pada itu, Aminar Rashid berkata, PERODUA sebagai syarikat usaha sama Malaysia dan Jepun, akan terus menambah baik sistem kawalan mutunya.

Perodua kekal kedudukan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), berjaya mengekalkan kedudukannya untuk lima tahun berturut-turut di kalangan syarikat kereta di Malaysia selain mencatatkan peningkatan 13 peratus dan rekod jualan 188,600 unit tahun lalu berbanding 166,700 unit pada 2009.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh (gambar) berkata, dalam proses itu Perodua menguasai 31.2 peratus kepentingan pasaran kereta negara iaitu tertinggi yang pernah dicatatkan pada 2008 dengan 30.5 peratus.


Katanya, Myvi masih mengekalkan kedudukan sebagai model jualan terlaris di negara ini dengan 77,700 unit dijual, manakala model Alza kenderaan pelbagai guna paling laris dengan jualan 42,000 unit sementara Viva mencatatkan jualan 69,000 unit.

“Peningkatan jualan tahun lalu didorong permintaan menggalakkan bagi kereta kompak mampu milik selain didorong sokongan padu semua pihak termasuk kerajaan.


“Malah, Perodua memecahkan dua rekod pada 2010 yang pertama menerusi jualan tahunan tertinggi pernah dicatatkan dan Disember lalu, Perodua juga mencapai pendaftaran jualan bulanan tertinggi sebanyak 19,400 unit, mengatasi rekod sebelum ini 18,500 pada Mac 2010,” katanya pada sidang media pengumuman prestasi Perodua bagi tahun 2010 di Kuala Lumpur, semalam.