Syarikat jalankan kajian bagi raih manfaat daripada pelaksanaan Afta
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melihat Thailand sebagai pasaran eksport baru bagi keretanya di Asean selain Singapura dan Brunei.
Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh, berkata buat masa ini, pihaknya sedang menjalankan kajian untuk memasuki pasaran negara itu bagi mendapatkan manfaat daripada pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (Afta). Beliau bagaimanapun menegaskan, memasuki pasaran Thailand bukan sesuatu yang mudah kerana banyak faktor yang perlu diambilkira seperti mencari rakan kongsi dan pengedar yang bersesuaian.
“Banyak perkara yang perlu diteliti terutama jika dilihat daripada situasi di Thailand ketika ini. Kami menjangkakan dapat membuat keputusan mengenainya sebelum akhir tahun ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran pengeluaran kenderaan Perodua ke 1.7 juta unit sejak penubuhannya pada 1993 di Rawang, semalam.
Pelancaran kenderaan ke 1.7 juta itu, iaitu model Alza disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan dan ahli lembaga pengarah Perodua, Datuk Dr Abdul Halim Harun.
Aminar Rashid berkata, antara faktor yang diteliti syarikat itu dalam menentukan pasaran eksportnya yang baru ialah dasar automotif sesebuah negara itu, selain sama ada negara berkenaan mempunyai perjanjian perdagangan dengan Malaysia.
“Adalah lebih mudah memasuki pasaran di negara yang mempunyai standard dan peraturan yang sama dengan kita seperti dari segi aspek kawalan mutu dan syarat keselamatan,” katanya.
Buat masa ini, Perodua hanya mengeksport kira-kira dua peratus daripada kenderaan keluarannya.
“Saya kurang gembira dengan angka ini. Justeru, kami akan meningkatkan jumlah eksport secara berperingkat dengan sasaran meningkatkannya kepada lima peratus dalam tempoh tiga ke lima tahun lagi dan meningkat kepada 10 peratus selepas lima tahun itu,” katanya.
Ketika ini, Perodua mengeksport kenderaannya ke tujuh negara iaitu United Kingdom yang juga pasaran eksport terbesarnya selain Singapura, Sri Lanka, Fiji, Mauritius, Brunei dan Nepal.
Dalam suku pertama tahun ini, pengeluar kenderaan nasional itu menjual 48,000 unit kenderaan, meningkat 24 peratus daripada 38,000 unit tempoh sama tahun lalu.
“Arah aliran positif ini membolehkan kami mencapai sasaran menjual 176,000 unit kenderaan tahun ini,” kata Aminar.
you can check out the models, prices, offer, loan calculation, currently bank interest rates and everything about perodua vehicles. Call me 012 6565 666 or 019 3765 777 for further details
Thursday, April 22, 2010
Tuesday, April 13, 2010
Perodua Rancang Labur RM140juta Thn Ini.
Oleh Ahmad Fiesal Othmanfsal@bharian.com.my 2010/04/14
Kemudahan kilang, operasi dipertingkat tampung permintaanPERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melabur RM140 juta tahun ini bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran dan kemudahan operasi serta jualan, kata Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh.
Katanya, daripada peruntukan berkenaan, RM100 juta adalah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, RM20 juta bagi pembinaan gudang baru, manakala selebihnya untuk penambahan cawangan rangkaian jualan dan servis.
Beliau berkata, syarikat perlu meningkatkan kemudahan kilang dan operasinya bagi menampung peningkatan permintaan terhadap kereta keluarannya serta menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.“Ia juga sejajar sasaran jualan syarikat sebanyak 176,000 unit kenderaan tahun ini. Perodua kini juga giat berusaha untuk menjadi sebuah syarikat automotif berdaya saing serta memberi perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan,” katanya.Aminar Rashid berkata demikian pada taklimat media sempena 100 hari beliau menjadi Pengarah Urusan Perodua di Subang Jaya, Selangor, semalam.Perodua mencipta dua rekod baru bulan lalu apabila merekodkan jualan sebanyak 18,500 unit, iaitu yang tertinggi pernah dicatatnya selepas 17,050 unit pada Julai 2008. Ia juga merekodkan servis sebanyak 148,00 unit kenderaan bulan lalu, berbanding rekod servis tertinggi sebelum ini iaitu 145,000 unit kenderaan pada Julai tahun lalu.Myvi terus mengekalkan kedudukan sebagai model Perodua paling laris dengan jumlah jualan 7,048 unit bulan lalu, Viva di tangga kedua dengan jualan 6,671 unit, manakala model kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama keluarannya, Alza sebanyak 4,777 unit.Aminar Rashid berkata, sejajar keadaan ekonomi yang mula menunjukkan tanda pemulihan, pihaknya yakin berupaya untuk sekurang-kurangnya mengekalkan bahagian pasarannya iaitu 31.1 peratus tahun ini.Katanya, ia sejajar unjuran jumlah jualan kenderaan 550,000 unit tahun ini oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini.Beliau berkata, dari segi pengeluaran, bulan lalu Perodua mengeluarkan 49,725 unit kenderaan, naik 31.3 peratus berbanding 37,867 unit pada suku pertama tahun lalu," katanya.

Wednesday, April 7, 2010
Tawaran diskaun model perodua ALZA
~salam sejahtera para pembaca blog saya.
terima kasih kerana sudi meluangkan masa
utk mengunjungi laman blog saya ini.
untuk pengetahuan saudara/saudari sekalian
saya ada stok PERODUA ALZA(manual premium)
stok 2009.kepada sesiapa yg berminat sy tawarkan

rm1800 diskaun utk model tersebut sekiranya ada
antara saudara/saudari berminat dgn model tersebut.
jadi apa tgu lagi,tempahlah sekarang!!stok terhad
dan siapa cepat dia dapat.tempahan adalah percuma!!!!!!.
jadi apa tgu lagi,tempahlah sekarang!!stok terhad
dan siapa cepat dia dapat.tempahan adalah percuma!!!!!!.
Sunday, April 4, 2010
Perodua Alza "ADVANCE EDITION"
Tawaran diskaun bulan april
Subscribe to:
Posts (Atom)