you can check out the models, prices, offer, loan calculation, currently bank interest rates and everything about perodua vehicles. Call me 012 6565 666 or 019 3765 777 for further details
Friday, December 10, 2010
Saturday, December 4, 2010
Promosi terbaik dari kilang.....MYVI 2010
~Sepanjang saya bekerja inilah diskaun yang terbaik bagi model paling laris di malaysia sekarang ini.untuk melonjakkan lagi jualan serta menghargai para pelangan yang setia bersama model perodua,pihak perodua telah bermurah hati menawarkan diskaun yang terbaik untuk tempahan sebelum 31 DECEMBER ini..so jangan lepaskan peluang keemasan yang ada..berikut saya sertakan tawaran dikaun untuk perodua myvi..
~myvi 1000cc manual=rm0
~myvi 1300cc manual=rm500
~myvi 1300cc auto=rm500
~myvi 1300cc auto limited edition=1000
~myvi 1300cc manual premium=rm500
~myvi 1300cc auto premium=rm1000
~myvi 1300cc special edition manual=rm1500
~myvi 1300cc special edition auto=rm1500
#cepat!!tempahlah sekarang..call terus 012-6565 666/019-3765 777.jangan malu jangan segan..ada hadih menarik menanti para pembeli..sekian..
Perodua atur langkah kompetitif
PERODUA Bezza kereta berkonsep masa depan diperkenalkan di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ) semalam.
KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dijangka menyerahkan pelan induk lima tahun terbarunya kepada kerajaan tidak lama lagi.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, langkah tersebut penting sebagai persediaannya ke arah liberalisasi industri dan meningkatkan eksport kenderaannya ke seberang laut.
Aminar Rashid memaklumkan, pasaran domestik akan mencapai satu titik tepu apabila pengeluaran mencecah di antara 700,000 dan 800,000 unit setahun.
"Oleh itu, pelan induk tersebut penting bagi Perodua untuk menyiapkan diri bagi aktiviti eksport," katanya kepada pemberita selepas prebiu media terhadap model prototaip kereta konsep sedan kompak Perodua Bezza di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di sini semalam.
Promosi gila-gila hujung tahun ALZA..
~SALAM..para pengemar mpv yang tak terlalu besar serta bersifat seperti kereta..inilah masanya anda memilikinya sebelum 31 december ini..jualan gila2 ni...interest rate pun dah potong habis dah ni..jadi jangan tgu sampai tarikh tamat..tempah sekarang..untuk PERODUA ALZA standard kami tawarkan diskaun hingga rm2300 atau interest 2.7%..untuk model advance kami tawarkan rm2500 atau interest 2.7%.jangan tgu lagi...call terus ke 012-6565666 or 019-3765777
Perodua bina loji EAT di Rawang
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh (gambar) berkata, loji tersebut akan dibina berhampiran ibu pejabat syarikat itu di Rawang, Selangor.
“Projek itu mendapat sokongan rakan teknikal Perodua iaitu Daihatsu Motor Company dari Jepun,” katanya semasa sidang akhbar pada Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010 di sini kelmarin.
Ketika ini, EAT digunakan bagi dua model keluaran Perodua iaitu Myvi dan Alza.
Promosi gila-gila hujung tahun viva..
Salam kepada pembaca yg dihormati.hujung tahun semakin hampir.kepada yang belum terpikir nak beli kereta..inilah masanya.minyak n gula pun dah naik..so boleh dikatakan perbelanjaan harian juga meningkat.apakan daya..kena ikut arus perdana.untuk itu ada tawaran menarik bagi yang ingin beli kereta baru tapi dengan kos pengunaan minyak yang paling minimum.berikut saya sertakan DISKAUN untuk perodua viva untuk bulan december 2010..
~viva 660 basic=rm0
~viva 660 standard=rm500
~viva 850 manual=rm1000
~VIVA 1000CC manual=rm1000
~viva 1000cc auto std=rm2300
~viva 1000cc auto premium=1500
~viva 1000cc limited edition=rm2300
#apa tunggu lagi..tempahlah sekarang..call terus saya di 012-6565 666 or 019-3765 777
Friday, November 12, 2010
ViVA Elite edisi Eksklusif dilancar
PUCHONG – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) semalam melancarkan varian terbaru ViVA Elite iaitu ViVA Elite Edisi Eksklusif (ViVA EEE) dengan rekaan dalaman dan luaran yang menampilkan ciri-ciri baru yang cukup eksklusif.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model terbaru dengan kapasiti enjin 1000 cc itu adalah pelengkap kepada rangkaian ViVA yang telah dikeluarkan oleh syarikat tersebut pada tahun 2007.
Beliau berkata, ViVA EEE mempunyai rekaan bergaya dengan enam perubahan rekaan dalaman dan luaran serta warna baru yang menarik.
“Kumpulan sasaran kami adalah pelanggan wanita dan lelaki sama ada yang tinggal di bandar mahupun di pinggir bandar. Mereka memiliki pendapatan di antara RM30,000 sehingga RM35,000 setahun,” katanya.
Thursday, November 11, 2010
Perodua kekal terajui pasaran
SEMUA model Perodua mendapat sambutan hangat termasuk Perodua Alza yang dijual sejak November tahun lalu.
KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengekalkan status selaku pengeluar kereta terlaris di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut dengan angka jualan meningkat 15 peratus kepada 157,200 unit dari Januari hingga Oktober lalu.
Prestasi jualan itu memberikan Perodua penguasaan 31.1 peratus daripada pasaran kenderaan di negara ini yang dianggarkan kesemuanya berjumlah 570,000 buah setahun.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rasyid Salleh (gambar kecil) berkata, syarikat itu kini berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran jualan tahun ini sebanyak 185,000 unit.
“Kejayaan Perodua banyak disumbangkan oleh produk yang menepati cita rasa pengguna seperti faktor reka bentuk, harga, penjimatan bahan api serta nilai jualan semula yang tinggi.
“Buat masa sekarang, Myvi terus menjadi model paling laris dengan jualan antara 6,500 hingga 7,000 unit sebulan, diikuti Viva dan Alza,” kata Aminar ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Hari ini, Perodua akan melancarkan varian terbaru Viva yang ditambah baik, Viva Edisi Eksekutif.
Edisi terbaru Viva, model yang pertama kali dikeluarkan pada 2007, dijangka melonjakkan lagi penguasaan Perodua.
Tempahan untuk model itu sudah dibuka dengan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungan talian khidmat pelanggan Perodua di 1800-88-6600.
Tuesday, November 2, 2010
ALZA 1st year Anniversary
~salam,bulan ni adalah hari ulangtahun perodua alza yang pertama.terima kasih kepada para pelangan yang telah memberi sokongan.kini perodua alza mendahului carta pertama bagi model MPV kompak.jutaan terima kasih kepada semua rakyat malaysia yang menyokong produk malaysia.Bagi menghargai rakyat malaysia yang terus menyokong kami,pihak perodua telah berkenan menawarkan potongan harga atau kadar faedah yang terendah untuk tempahan model tersebut bulan ini.berikut dibawah adalah tawaran tempahan bagi model alza dari 1-30 nov 2010.
OPTION "A"
#booking alza standard or premium=diskaun rm2000 atau interest 2.7%(5yr),2.88%(7yr),2.99%(9yr)
#booking alza advance=diskaun rm2300 atau interest 2.7%(5yr),2.88%(7yr),2.99%(9yr)
OPTION "B"
#Booking alza standard or premium=dapatkan perodua voucher rm2000 dgn interest 3.5%(5yr),
3.75%(7yr),3.85%(9yr)
#booking alza premium=dapatkan perodua voucher rm2300 dgn interest 3.5%(5yr),
3.75%(7yr),3.85%(9yr)
~tempahlah sekarang..tawaran terhad untuk bulan ni..jgn tgu lama2..just bagi dokumen.terus ja kita proses.call saya di 012-6565 666/019-3765 777(azeli)shah alam.klang,puchong area
Promosi diskaun viva november 2010
~salam semua..jualan hujung tahun bermula..harga minyak pun dah naik sekarang..dan yang terbaru petrol ron97 naik rm0.5 sen..nampak mcm x besar,tapi impaknya kos kita semua jadi naik.so apa kata kita pakai je kerata kecik2 yang jimat minyak ni.dah TERBUKTI HEBAT!! menerusi kuasa dan penjimatanya.macam biasa saya sertakan beberapa tawaran potongan harga bagi model2 viva yang terpilih.
~viva 660cc(basic)=xdak diskaun
~viva 660cc(standard)=rm500
~viva 850cc(manual)=rm1700
~viva 1000cc(auto basic)=RM500
~Viva 1000cc(elite manual)=rm1000
~viva 1000cc(elite auta standard)=rm2300
~viva 1000cc(elite auto premium)=rm1500
#jadi apa tunggu lagi..PERCUMA tempahan..cuma bagi sahaja dokumen anda,kami proseskan segalanya.
HUBUNGI SAYA TERUS MENERU DI 012-6565 666/019-3765 777(AZELI)
Thursday, October 14, 2010
CRAZY sale "ALZA" oktober!!!!
Monday, October 4, 2010
SPECIAL PROMOTION(ALZA)
~ADA PUASA,ADA RAYA,
ADA ALZA,ADA GAYA..
~yang tadi tu pantun raya...raya pun dah sampai penghujungnya.Bagi meneruskan mood membeli kereta
selepas hari raya ni,kami ada tawarkan satu promosi hebat pada bulan oktober bagi model alza sahaja..untuk para pembeli yang telah menempah alza x kira sebelum bulan oktober lalu dan mesti di daftarkan pada 1~31 oktober,maka kalian layak dapat RM800 PERODUA VOUCHER+RM500 DISKAUN+2 TAHUN TAMBAHAN WARANTI LAGI!!!!!!..WAH!!!!!!!satu promosi yang hebat setakat ni...kami juga menawarkan tukar beli kereta yang tinggi..tempahlah sekarang..maklumat lanjut sila call/sms saya..jangan malu2..salam..
Promosi diskaun hebat bulan OKTOBER
~SALAM pembaca yang budiman..berikut di senaraikan promosi kereta perodua viva untuk bulan oktober.
PERODUA VIVA 660 MANUAL BASIC=RMO
PERODUA VIVA 660 MANUAL STANDARD=RM500
PERODUA VIVA 850 MANUAL STANDARD=RM1400
PERODUA VIVA 1000 AUTO BASIC=RM500
PERODUA VIVA 1000 AUTO ELITE=RM2100
PERODUA VIVA 1000 AUTO ELITE PREMIUM=RM1500
~SO...rebutlah peluang yang adsa untuk bulan ni...nak cari duit lebih..perkenalkan lah kawan2 atau sedara mara beli kereta dengan saya..insyaallah ada bahagian untuk tuan2 n puan2..sekian terima kasih
Saturday, September 4, 2010
PROMOSI PERODUA ALZA
~Buat julung2 kalinya perodua Alza ada menawarkan diskaun untuk bulan september.Para pelanggan yg ingin menempah perodua alza bulan ini layak dapat 1 tahun percuma servis dan diskaun rm500.hubungi saya segera..stok tersedia ada banyak ni..loan kita ejaskan..kalu nak full loan pun boleh..asal jadi jer.
Promosi diskaun bulan SEPTEMBER.
SELAMAT HARI RAYA!!!!...Jutaan terima kasih pada para pelangan yg membaca blog saya tempohari.Terima kasih juga para kepada para pelanggan yg menempah kereta dgn saya sepanjang bulan ogos yg lalu..minta ampun dan maaf jika tempahan anda tidak dpt dipenuhi tempohari.ok lah..apa kata kita tgk apa PROMOSI yg ada untuk bulan ni..
~PROMOSI DISKAUN BULAN OGOS(VIVA)
#VIVA 660(BASIC)=RM 0
#VIVA 660(STANDARD)=RM500
#VIVA 850(STANDARD)=RM1400
#VIVA 1.0AUTO(BASIC)=RM500
#VIVA 1.0MANUAL(ELITE)=RM1000
#VIVA 1.0AUTO(ELITE STANDARD)=RM2100
#VIVA 1.0AUTO(ELITE PREMIUM)=RM1500
~SO JGN TGU LAMA2..TEMPAHLAH SEKARANG,LOAN KAMI URUSKAN,FULL LOAN JUGA KAMI ATURKAN..ASAL JADI JER..JGN SEGAN N JANGAN MALU UNTUK SMS/CALL SAYA..TQ
Wednesday, August 4, 2010
JOM RAYA promotion 7-16 august 2010
~salam pembaca yang budiman..sempena hari raya AIDILFITRI yang akan muncul nanti.pasti anda akan tercari2 kereta baru.Almaklumlah tiket2 bas pun nampaknya dah habis dijual,anak dah 2-3 orang,maka x sesuai lagi naik bas,kereta lama pulak selalu meragam..jadi sempena hari yang mulia ini PERODUA ada menawarkan diskaun istimewa untuk kereta yang ditempah pada tarikh tersebut.
~PERODUA ALZA(SEMUA MODEL)=RM500
~PERODUA VIVA(SEMUA MODEL)=RM300(TAMBAHAN DARI DISKAUN YG SEDIAADA)
~PERODUA MYVI(SEMUA MODEL)=PERCUMA 1 TAHUN SERVICE
#Jangan tunggu lama2..kami ada byk stok ni..insyaallah dpt sebelum hari raya nanti..
Diskaun bulan ogos
~salam pembaca yg budiman,berikut adalah promosi untuk bulan ogos bagi kereta perodua
"VIVA".
~VIVA 660CC=RM0
~VIVA 660CC(STANDARD)=RM0
~VIVA 850CC=RM1700
~VIVA 1000CC(AUTO BASIC)=RM1000
~VIVA 1000CC ELITE MANUAL=RM1000
~VIVA 1000CC ELITE AUTO=RM2100
~VIVA 1000CC ELITE AUTO PREMIUM=RM1500
#TUNGGU APA LAGI..RAYA DAH DEKAT NI...STOK PUN BANYAK..CALL SAYA TERUS TANPA MELALUI EJEN2@broker...
Wednesday, July 7, 2010
Myvi edisi khas untuk wanita
KUALA LUMPUR - Memiliki kereta yang sinonim dengan perwatakan wanita menjadi impian pemandu wanita di negara ini, tetapi tidak banyak syarikat pengeluar kereta yang memberi tumpuan untuk memperkenalkan model kereta bersesuaian untuk kumpulan berkenaan.
Kini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengambil inisiatif dengan memperkenalkan model terbaru 1.3L Myvi (Mvvi LE) edisi terhad yang memiliki ciri-ciri sporty tetapi bergaya bersesuaian untuk pemandu wanita.
Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh berkata, model itu dikeluarkan khas untuk memenuhi permintaan dan cita rasa golongan muda dan wanita bandar.
Selain warna yang menarik, ia turut menampilkan beberapa ciri yang bersesuaian dengan keperluan kumpulan berkenaan.
"Kami memahami keperluan dan pentingnya bagi mereka (wanita muda dan wanita bandar) untuk mempunyai cermin solek dalam kereta.
"Oleh itu, kami menyediakan sekali cermin itu di bahagian sisi bahagian pemandu dalam model kali ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Thursday, July 1, 2010
Perodua ALZA advance version PROMOTION.
SALES DAY PROMOTION(7-11 july 2010)
Salam..terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya ini.Untuk makluman tuan2
dan puan2 pada 7~11 julai ini adalah peluang terbaik anda memiliki kereta perodua baru.Sempena hari tersebut,para pembeli Perodua ALZA akan mendapat hadiah percuma "car DVD player".Bagi
pembeli kereta perodua VIVA pula mereka akan dapat rm300(voucher giant).dengan syarat tempahan msetilah dibuat pada 7~11 julai sahaja dan kereta tersebut mestilah didaftarkan pada atau sebelum 31 AUGUST.oh ya..pada hari tersebut tempahan untuk model myvi hanya dapat voucher tinted,namum ada hadiah menarik menanti anda..jadi apa tunggu lagi?musim perayaan dah dekat ni..interest perodua alza pun dah turun jadi 3.85%..oh ya..pada hari tersebut perodua akan melancarkan model LIMITED EDITION yang baru seta menepati citarasa anda..
Promosi diskaun perodua viva JULAI
Salam sejahtera..berikut adalah promosi diskaun untuk bulan julai.Musim perayaan dah dekat ni.
Hari raya AIDILFITRI bakal muncul x lama lagi...so rebut lah peluang yg ada..kami sedia membantu anda sekiranya anda punya masalah untuk memiliki keretA perodua..
~viva 660 basic=rm"0"
~viva 660 stndard=rm"0"
~viva 850 stndard=rm1700
~viva 1000 auto basic=rm1000
~viva 1000 manual stnrd=rm1000
~viva 1000 elite standard=rm2100
~viva 1000 elite premium=rm1500
#apa tunggu lagi...miliki perodua viva sekarang...salam
Tuesday, June 15, 2010
kadar INTEREST yang baru
- up to 1.4cc=3.85%(12-60 month),4.0%(72-84 month),4.1%(96-108 month)
- up to 1.5~ 1.8cc=3.50%(12-60 month),3.75%(72-84 month),3.85%(96-108 month)
- above 1.8cc=3.40%(12-60 month),3.60%(72-84 month),3.75%(96-108 month)
BERITA GEMBIRANYA ialah suma kereta honda,toyota dan suma kereta import sama interest
dgn kereta nasional kita..belilah kereta buatan malaysia.
Monday, June 14, 2010
Perodua kekalkan penguasaan
"Jualan 15,000 unit itu meningkat 13.6 peratus berbanding 13,200 unit yang dicatatkan pada Mei 2009," kata Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh di dalam satu kenyataan hari ini.
Sehingga kini, Perodua menjual 78,700 kereta, meningkat 5.64 peratus berbanding 74,500 unit yang diunjurkan bagi tempoh lima bulan tahun ini.
Ini juga merupakan lonjakan 23.16 peratus berbanding jualan 63,900 unit bagi tempoh Januari hingga Mei 2009.
Perodua mengunjurkan untuk menjual 176,000 unit kereta pada tahun ini berbanding 166,700 unit yang dijual pada tahun lepas.
"Kami sangat teruja dengan bilangan jualan itu dan kami percaya catatan sehingga separuh kedua akan menunjukkan angka yang lebih baik memandangkan jangkaan permintaan semasa Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali," kata Aminar.
Katanya, jualan kereta di Malaysia secara tradisinya meningkat pada suku ketiga setiap tahun.
Mengenai prestasi selepas jualan Perodua, Aminar berkata, pada Mei, 137,000 penghantaran servis dicatatkan berbanding dengan unjuran 130,000 penghantaran.
Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, keseluruhan 681,000 penghantaran atau 46 peratus dari agihan pasaran dicatatkan berbanding dengan 666,000 penghantaran semasa tempoh Januari hingga Mei 2009. - BERNAMA
Sunday, June 6, 2010
Penampilan baru MyVi, ViVa
Katanya, pengenalan dua wajah baru berkenaan seiring dengan strategi Perodua yang sentiasa membuat pengubahsuaian untuk terus memenuhi cita rasa pengguna. “Perodua akan melancarkan beberapa model ‘facelift’ (model yang diperbaharui) pada separuh kedua tahun ini dan model berpotensi untuk diberi wajah baru itu adalah MyVi dan ViVa.
“Perodua kini sedang mengemaskinikan sentuhan terakhir pada dua model terbabit. Apa yang pasti, pelancarannya bakal mencipta momentum keterujaan baru, sekali gus meningkatkan lagi keyakinan pengguna terhadap kereta keluaran Perodua,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini. Difahamkan, bagi pembaharuan model MyVi, Perodua akan menggunakan badan model generasi baru Toyota Passo. Kapasiti kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter yang dilengkapi pada model MyVi sedia ada di pasaran. Selain itu, beberapa perubahan dalaman dan luaran turut ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi cita rasa golongan muda dan ia dikatakan bakal mencipta satu suasana ‘populariti’ baru di kalangan kereta kompak di negara ini. Sumber itu menambah, bagi Perodua ViVa wajah baru, ia akan didatangkan dengan rekaan baru jeriji depan yang lebih ranggi dan bergaya daripada model sedia ada. Selain itu, katanya, rekaan bamper depan pengganti kepada model popular Perodua sebelumnya – Kancil dan Kelisa, itu mempunyai lampu kabus yang lebih besar. “Rekaan bamper baru berkenaan menjadikan model ViVa yang diperbaharui itu kelihatan seperti ‘mini Alphard’. ViVa wajah baru itu juga ditampilkan dengan kemasan tempat duduk dalaman yang lebih anggun menggunakan fabrik baru lebih bermutu,” katanya.
Wednesday, June 2, 2010
Promosi diskaun perodua viva "JUN"
Thursday, May 13, 2010
Promosi perodua ALZA
Salam,terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca laman blog saya ini.untuk para pembaca/pembeli yang berminat untuk memiliki perodua alza ada tawaran hebat menanti anda.Promosi ini hanya untuk bulan ini sahaja.Tempahan bagi perodua alza auto premium pada 15~21 mei ini anda layak untuk mendapat hadiah seperti smart tag,tinted siap pasang bernilai rm380 dan jacket eksklusif perodua alza..jadi jangan tgu lagi.Promosi ini hanya untuk model yang tersebut sahaja.untuk itu saya hanya perlukan dokumen yang lengkap sahaja.tempahan adalah PERCUMA!!!!!.jadi apa tunggu lagi.Kami ada banyak stok model tersebut.insyaalah dalam bulan ni gak tuan/puan2 dapat kereta yang diidamkan.Bagi kami kepuasan anda keutamaan kami.Insyaallah kami akan cuba bantu anda.jadi hubungi saya segera sementara tempoh promosi ini masih ada.Salam,
Thursday, May 6, 2010
Tempoh menunggu untuk model PERODUA MYVI
Salam sejahtera buat para pembaca di blog saya.terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda.Berikutan sambutan yang mengalakkan untuk model myvi tersebut maka tempoh menunggu dijangka sehingga 1~1.5 bulan.Para pembeli di harap bersabar.kami sentiasa mengalu-alukan tempahan yg berlanjutan dari anda semua.insyaallah kami akan sedaya upaya menguruskan tempahan anda.sekian terima kasih.
Tuesday, May 4, 2010
Tawaran Diskaun Bulan Mei 2010!!
Thursday, April 22, 2010
Thailand pasaran baru Perodua
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melihat Thailand sebagai pasaran eksport baru bagi keretanya di Asean selain Singapura dan Brunei.
Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh, berkata buat masa ini, pihaknya sedang menjalankan kajian untuk memasuki pasaran negara itu bagi mendapatkan manfaat daripada pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (Afta). Beliau bagaimanapun menegaskan, memasuki pasaran Thailand bukan sesuatu yang mudah kerana banyak faktor yang perlu diambilkira seperti mencari rakan kongsi dan pengedar yang bersesuaian.
“Banyak perkara yang perlu diteliti terutama jika dilihat daripada situasi di Thailand ketika ini. Kami menjangkakan dapat membuat keputusan mengenainya sebelum akhir tahun ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran pengeluaran kenderaan Perodua ke 1.7 juta unit sejak penubuhannya pada 1993 di Rawang, semalam.
Pelancaran kenderaan ke 1.7 juta itu, iaitu model Alza disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan dan ahli lembaga pengarah Perodua, Datuk Dr Abdul Halim Harun.
Aminar Rashid berkata, antara faktor yang diteliti syarikat itu dalam menentukan pasaran eksportnya yang baru ialah dasar automotif sesebuah negara itu, selain sama ada negara berkenaan mempunyai perjanjian perdagangan dengan Malaysia.
“Adalah lebih mudah memasuki pasaran di negara yang mempunyai standard dan peraturan yang sama dengan kita seperti dari segi aspek kawalan mutu dan syarat keselamatan,” katanya.
Buat masa ini, Perodua hanya mengeksport kira-kira dua peratus daripada kenderaan keluarannya.
“Saya kurang gembira dengan angka ini. Justeru, kami akan meningkatkan jumlah eksport secara berperingkat dengan sasaran meningkatkannya kepada lima peratus dalam tempoh tiga ke lima tahun lagi dan meningkat kepada 10 peratus selepas lima tahun itu,” katanya.
Ketika ini, Perodua mengeksport kenderaannya ke tujuh negara iaitu United Kingdom yang juga pasaran eksport terbesarnya selain Singapura, Sri Lanka, Fiji, Mauritius, Brunei dan Nepal.
Dalam suku pertama tahun ini, pengeluar kenderaan nasional itu menjual 48,000 unit kenderaan, meningkat 24 peratus daripada 38,000 unit tempoh sama tahun lalu.
“Arah aliran positif ini membolehkan kami mencapai sasaran menjual 176,000 unit kenderaan tahun ini,” kata Aminar.
Tuesday, April 13, 2010
Perodua Rancang Labur RM140juta Thn Ini.
Kemudahan kilang, operasi dipertingkat tampung permintaanPERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melabur RM140 juta tahun ini bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran dan kemudahan operasi serta jualan, kata Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh.
Katanya, daripada peruntukan berkenaan, RM100 juta adalah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, RM20 juta bagi pembinaan gudang baru, manakala selebihnya untuk penambahan cawangan rangkaian jualan dan servis.
Beliau berkata, syarikat perlu meningkatkan kemudahan kilang dan operasinya bagi menampung peningkatan permintaan terhadap kereta keluarannya serta menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.“Ia juga sejajar sasaran jualan syarikat sebanyak 176,000 unit kenderaan tahun ini. Perodua kini juga giat berusaha untuk menjadi sebuah syarikat automotif berdaya saing serta memberi perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan,” katanya.Aminar Rashid berkata demikian pada taklimat media sempena 100 hari beliau menjadi Pengarah Urusan Perodua di Subang Jaya, Selangor, semalam.Perodua mencipta dua rekod baru bulan lalu apabila merekodkan jualan sebanyak 18,500 unit, iaitu yang tertinggi pernah dicatatnya selepas 17,050 unit pada Julai 2008. Ia juga merekodkan servis sebanyak 148,00 unit kenderaan bulan lalu, berbanding rekod servis tertinggi sebelum ini iaitu 145,000 unit kenderaan pada Julai tahun lalu.Myvi terus mengekalkan kedudukan sebagai model Perodua paling laris dengan jumlah jualan 7,048 unit bulan lalu, Viva di tangga kedua dengan jualan 6,671 unit, manakala model kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama keluarannya, Alza sebanyak 4,777 unit.Aminar Rashid berkata, sejajar keadaan ekonomi yang mula menunjukkan tanda pemulihan, pihaknya yakin berupaya untuk sekurang-kurangnya mengekalkan bahagian pasarannya iaitu 31.1 peratus tahun ini.Katanya, ia sejajar unjuran jumlah jualan kenderaan 550,000 unit tahun ini oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini.Beliau berkata, dari segi pengeluaran, bulan lalu Perodua mengeluarkan 49,725 unit kenderaan, naik 31.3 peratus berbanding 37,867 unit pada suku pertama tahun lalu," katanya.
Wednesday, April 7, 2010
Tawaran diskaun model perodua ALZA
terima kasih kerana sudi meluangkan masa
utk mengunjungi laman blog saya ini.
untuk pengetahuan saudara/saudari sekalian
saya ada stok PERODUA ALZA(manual premium)
stok 2009.kepada sesiapa yg berminat sy tawarkan
jadi apa tgu lagi,tempahlah sekarang!!stok terhad
dan siapa cepat dia dapat.tempahan adalah percuma!!!!!!.
Sunday, April 4, 2010
Perodua Alza "ADVANCE EDITION"
Tawaran diskaun bulan april
Thursday, March 18, 2010
Perodua beli RM3.8 bilion komponen tempatan
Bukti komitmen kukuh syarikat manfaatkan 130 vendor, pembekal
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangkakan meningkatkan nilai pembelian komponen dan alat ganti tempatannya kepada RM3.8 bilion tahun ini daripada kira-kira RM3 bilion setahun sejak dua tahun lalu sejajar langkahnya meningkatkan pengeluaran kenderaannya.
Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh, berkata peningkatan penggunaan komponen dan alat ganti tempatan itu yang dijangkakan memberi manfaat kepada lebih 130 vendor dan pembekal tempatan, menggambarkan komitmen kukuh Perodua terhadap dasar menggunakan produk keluaran tempatan.
Beliau berkata, peningkatan pembelian komponen tempatan itu adalah untuk model Myvi, ViVa dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza yang dilancarkan hujung tahun lalu yang mana ketiga-tiga model itu kini menggunakan antara 80 hingga 90 peratus komponen tempatan. “Sejak dua tahun lalu kami membelanjakan kira-kira RM3 bilion setiap tahun untuk komponen dan alat ganti tempatan dan dengan sasaran kami untuk menjual 176,000 unit kereta tahun ini daripada 166,700 unit tahun lalu, nilai pembelian itu dijangka meningkat,” katanya kepada pemberita sempena meraikan pengeluaran 200,000 unit Perodua ViVa di kilang syarikat itu di Rawang, Selangor, semalam.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Hadir sama Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin.
Aminar Rashid berkata, menerusi program pembangunan dan peningkatan vendor, Perodua sentiasa menggalakkan dan menyokong vendor tempatan yang mana sebuah pusat khusus untuk program terbabit ditubuhkan di kilang Perodua sejak tahun lalu.
Beliau berkata, Perodua telah membelanjakan kira-kira RM87 juta untuk kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan lebih RM1.5 bilion untuk pembangunan model baru sejak 13 tahun lalu.
“Setakat ini, bahagian R&D kami telah membangunkan lapan model secara dalaman, bermula dengan perubahan kosmetik yang mudah dan secara beransur-ansur meningkatkan keupayaan untuk perubahan peningkatan yang utama,” katanya.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!
Wednesday, March 17, 2010
Alza News 17 Mar 2010
Perodua yakin pasaran Alza
2010/03/17
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yakin kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama keluarannya, Alza akan terus mendapat permintaan termasuk bagi model versi termaju yang dilancarkan serentak dengan model Alza biasa pada April tahun lalu.
AMINAR...sambutan Alza menggalakkan
Beliau berkata, sambutan menggalakkan bagi Alza selain rangkaian model lain sedia ada seperti Myvi dan Viva dijangka terus mengukuhkan kedudukan Perodua sebagai peneraju pasaran kereta kompak tempatan berdasarkan tempahan model baru dan sedia ada yang terus meningkat dari semasa ke semasa.
“Walaupun Alza model termaju lebih mahal kira-kira RM6,000 berbanding model biasa kerana dilengkapi ciri tambahan GPS di bahagian belakangnya, namun kami yakin potensi kenderaan itu.
“Bagi model Alza, kami sudah menerima lebih 23,000 tempahan sejak dilancarkan tahun lalu dan sudah menyerahkan kira-kira 10,000 unit kepada pembeli hingga bulan lalu.
“Malah, kami juga akan meningkatkan jumlah pengeluaran Alza hingga melebihi 5,000 unit bulan ini bertujuan mengurangkan masa menunggu pelanggan kepada dua bulan sekarang.
“Tempoh menunggu bagi Januari dan Februari adalah selama tiga bulan,” katanya, baru-baru ini.
Mengenai perkembangan model lain, beliau berkata, Perodua bakal memperkenalkan model Myvi yang diberi wajah baru (facelift) pada tahun ini dalam usaha mempelbagaikan variasi kereta popular itu di pasaran.
Katanya, pengenalan wajah baru Myvi itu dijangka dilaksanakan menjelang Jun ini.
“Myvi adalah satu fenomena bagi kami. Berdasarkan asas bulanan, kami menerima tempahan 8,000 hingga 9,000 unit sebulan dan akan terus menjual model itu sehingga tiba masa sesuai untuk menggantikannya.
“Model Myvi masih menerima maklum balas positif di pasaran dan setiap tahun, jumlah tempahannya terus meningkat. Tahun lalu, 91,000 Myvi dijual manakala bagi Viva pula, Perodua menjual purata 6,000 unit sebulan,” katanya.
Sunday, March 14, 2010
MYVI maintain as Top Selling Model!
KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd's (Perodua) market share increased to 32.5% in February, 2010 from 32.1% in January as market sentiment improved, with the Myvi being the top selling model.
"Car sales reached 13,000 units in February or 6.5% higher than the 12,200 units recorded in the same month last year," it said on Friday, March 12. Bookings continued to be strong with some 15,000 units received in February.
"Perodua will ramp up production in March and April to reduce the waiting period especially for the Alza," said Perodua managing director Aminar Rashid Salleh.
On the sales performance, he said Perodua performed exceptionally well despite the many challenges that includes a shorter working month and very tight stock levels.
"We even exceeded our target of 12,700 units for February," he said, adding Perodua surpassed its car sales targets for both January and February and expected March to be another strong month.
Aminar said the Myvi with 4,900 units sold, was the best selling model within the Perodua line-up. Also 4,500 units of ViVA and another 3,600 Alza were also sold in February.
Perodua targets to sell 176,000 units of cars this year, up 8,300 units from the 167,700 units sold in 2009.
On after-sales, Perodua recorded 124,000 service intakes in February or 9% improvement over the 114,000 intakes in February 2009.
"Not withstanding any unforeseen circumstances, we are on the road to meeting our first quarter vehicle sales target of 44,400 units," he added.
Viva: Most Fuel Economic Car in Malaysia!
Perodua Viva Details – Fuel Consumption – Monthly Installment Price = Most Fuel economic car in Malaysia
Perodua Viva Fuel Consumption (Penggunaan minyak RM/KM Perodua Viva) :
Viva 1.0 (auto) RM0.1842-RM0.2 per kilometer
Viva 1.0 (Manual) RM0.1458-RM0.157 per kilometer
Viva 850 (manal) RM0.155 per kilometer
Viva 660 (manual) RM0.14-RM0.149 per kilometer
Note: The Perodua Viva Fuel Consumption above is an average value (RM2.7/litre of fuel) of survey around the internet from Perodua Viva Owner. It is a real review by Perodua Viva 660, 850 and 1.0 cc owner.
Perodua Viva Prices
Perodua Viva 660cc MT Solid: RM28,400
Perodua Viva 660cc MT Metallic: RM28,800
Perodua Viva 850cc MT Solid: RM32,500
Perodua Viva 850cc MT Metallic: RM32,900
Perodua Viva 1000cc MT Solid: RM36,800
Perodua Viva 1000cc MT Metallic: RM37,200
Perodua Viva 1000cc AT Solid: RM39,800
Perodua Viva 1000cc AT Metallic: RM40,200
Perodua Viva 1000cc Premium MT Solid: RM40,800
Perodua Viva 1000cc Premium MT Metallic: RM41,200
Perodua Viva 1000cc Premium AT Solid: RM43,800
Perodua Viva 1000cc Premium AT Metallic: RM44,200
Perodua Viva Price On The Road And Monthly Installment Payment:
ViVa 660 EX *S RM 28,400.00 Monthly RM 327.00
ViVa 660 EX *M RM 28,800.00 Monthly RM 333.00
ViVa 850 EX *S RM 32,500.00 Monthly RM 375.00
ViVa 850 EX *M RM 32,900.00 Monthly RM 380.00
ViVa 1.0 SX *S RM 36,800.00 Monthly RM 425.00
ViVa 1.0 SX *M RM 37,200.00 Monthly RM 429.00
ViVa 1.0 SXi *S RM 40,800.00 Monthly RM 471.00
ViVa 1.0 EZ *S RM 39,800.00 Monthly RM 460.00
ViVa 1.0 EZ *M RM 40,200.00 Monthly RM 464.00
ViVa 1.0 EZi *S RM 43,800.00 Monthly RM 506.00
ViVa 1.0 EZi *M RM 44,200.00 Monthly RM 510.00
Note:- *S for Solid colour. *M for Metallic.
Colors available for perodua viva:
Solid : Ivory White
Metallic : Glittering Silver, Passion Red, Pearl Jade dan Tropical Green.
BERITA BAIK!!!!Skim utk peminjam yang disenarai HITAM
- kakitangan kerajaan
- badan berkanun
- syarikat milik kerajaan
- black list(peminjam bermasalah)
- kakitangan kerajaan yg kontrak 2 tahun kehadapan
- jumlah potongan gaji tidak lebih 60%(50% utk GLC)
Yang tidak layak;
- tentera
- black list lebih dari 25k
- akaun di bawah AKPK
- black list dari AMBANK
*Skim ini adalah melalui skim potongan gaji BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA.
*100% pinjaman penuh.
*tempoh pinjaman sehingga 15 tahun atau umur peminjam sehinga 58 tahun.
*pakej pinjaman termasuk autolife coverage,cooperative membership fees,
bayaran pendahuluan 3bulan.
KADAR INTEREST;
- up to 60 month=3.75%
- 61-84 month=3.90%
- 85-108 month=4.00%
- 109-120 month=4.50%
- 121-180 month=5.00%
Friday, March 12, 2010
Diskaun Bulan March!!
- Viva 660 Basic = RM 0
- Viva 660 Standard = RM 0
- Viva 850 Standard - RM 1200.00
- Viva 1000cc Auto Basic = RM 1000.00
- Viva Elite 1000cc (M) Standard = RM 1000.00
- Viva Elite 1000cc (A) Standard = RM 2100.00
- Viva Elite 1000cc (A) Premium = RM 1500.00
* Untuk semua model Myvi tiada diskaun..
Model Alza 1500cc (M) Premium Thn 2009 = RM 1000.00
(Sementara stok masih ada..)
Friday, February 19, 2010
Senarai Harga Model2 Perodua.
Alza 1.5 (MT) Standard
RM 55 990
Alza 1.5 (AT) Standard
RM 58 990
Alza 1.5 (MT) Premium
RM 60 990
Alza 1.5 (AT) Premium
RM 63 990
Alza 1.5 (MT) Sport Edition
RM 66 990
Alza 1.5 (AT) Sport Edition
RM 69 990
Myvi SE (MT) Solid
RM 49 900
Myvi SE (MT) Metallic
RM 50 400
Myvi SE (AT) Solid
RM 52 900
Myvi SE (AT) Metallic
RM 53 400
VIVA Elite 1.0Gx (M)
RM 37 900
VIVA Elite 1.0Ez (A)
RM 40 900
VIVA ELite 1.0Ezi (A)
RM 44 900 ( Tawaran hebat diskaun semua model Viva Elite!!) Call utk info yg lebih lanjut!
Viva 660 (Basic)
RM 25 300
Viva 660 Ex
RM 28 900
Viva 850 Ex
RM 32 900
Viva 1.0 Basic
RM 36 900
(Juga terdapat diskaun utk model Viva di atas!!) Call utk maklumat lanjut!
Fuel Consumption
Skim graduan
Syarat2 memohon:
* Berumur dari 20 - 30 thn
* Memiliki diploma @ degree
* Bekerja sekurang2nya 1 bln
Keistimewaannya Skim ini :
* Pembiayaan sehingga 100%!
* Tanpa perlu penjamin
* Kadar keuntungan 3.8%
* Tempoh pinjaman sehingga 10 tahun
Beminat, just prepare dokumen2 spt di bwh;
- IC
- Lesen
- Offer letter kerja
- Payslip jika ada
- Bank statement
- Salinan degree/diploma
- Salinan transkrip
Senarai Panel Bank Kami :